#SATU
TOK TOK TOK *pintu bilik diketuk*
"Astaghfirullahal'azim , pukul berapa ni?" monolog dalaman .
Ditakdirkan badan rasa kurang sihat pada hari itu . Baru kemas rumah sikit dah rasa penat . Ingat nak baring je dalam bilik . Berehat kononnya . Tapi rupanya terlajak tidur smpai Maghrib . Bangun je terus cuci muka , azan berkumandang .Berselera pulak makan . Alhamdulillah .
Lepas makan .
"Nenek Rom meninggal petang tadi . " Datar nada suara Mak .
Aku sedikit terperanjat " Innalillah "
Perasaan bercampur-baur . Sedih . Ya , sbb raya kali ini tak dpt bertemu lagi . Gembira . Bukanlah gembira yg macam melompat-lompat itu . Cuma tumpang senang hati kerana beliau menghadap Ilahi dlm bulan Ramadan walaupun berbaki beberapa hari sahaja lagi. Berakhir penderitaan beliau yg kerap kali kena jalani dialisis .Oh ye , arwah adalah jiran saya . Walaupun rumah kami tak lah dekat mana tapi masih dalam 40 buah rumah belah selatan . Apapun , semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah . Al-Fatihah .
..........................*******............................
#DUA
"Mak , tahun ni . Makin sikit la rumah yg kita nak pergi "
( kami mmg akan ziarah warga senior kat kampung ni )
"Sorang-sorang meninggal . Siapa yg tinggal pun Nana tak sure dah "
"Tu haa , nenek An tu sihat je lagi . Dia jela yg kita rapat ada lagi . "
"Alhamdulillah lah kan . " Mona menyampuk .
" Kerja rumah dia semua dia yg buat tu , anak ramai . tapi , hmmmm "
"Kau tahulah nenek kau tu tak suka delay delay , panjat nak pasang langsir pun dia buat sendiri "
( bkn anak dia pemalas , but y'know we'ols ni suka procrastinate . lulzz . hamek Mona kena batang hidung sendiri )
..........................*******............................
#TIGA
"Ya Allah , nak buat ni pun tak tahu . Nanti mak mati mcm mana?"
Sentap aku mendengarnya . Terberhenti dari mop lantai *nak jugek bgtau -..-
"Meh mak tunjuk , nanti kalau mak dah tkda buat macam ni jugak tau (kemas rumah) "
Mungkin ayat itu bukan untuk aku . Tapi , itu mak aku . Ahh , tak mahu aku fikirkan .
END
............................*******.............................
TEEEHEEEE :) *abaikan imej rosak*
Assalamualaikum u'olss . Waaah , seronoknyaaa semua nak balik desa and even ada yg dah smpai desa terchenta . Kesian Mona takda desa halaman . Ehh , bak kata Mak I . Kita kan ada 3 kampung . Lulz mak lulzz . Kampung semua kat Selangor . Sobolah menyebolah pulak tu . TWEET .
So , kat atas tu Mona ada bagi u'ols tiga situation yg berlaku dkat I in a day . Those situations make me think . My previous post ada ckp pasal kematangan kan ? Well , now I realize that this kematangan comes with tanggungjawab . Even just buang sawang kat ceiling rumah or just basuh gelas , pinggan mangkuk nak raya . If kita malas or 'tak reti' nak buat . Sedikit sebanyak , kita membebankan orang lain . Kat rumah , dari kecik , everything our parents sediakan . Semua benda mak yg buatkan . Mak lah yg buat segala kerja mcm buruh kasar . Kalau u'ols yg balik kampung tu mmg lah mcm tk obvious . But as for me , every year mmg kami celebrate raya kat rumah sendiri . Kami ni ada 4 orang je . Ayah busy with his stuff . Adik kecik lagi . Tinggal Mona si pemalas dan Mak yg awesome . She did everything for us . Oh Mak , thank you very much .
Again , now I realize, yang I dah dewasa . Boleh dikatakan dewasa lah . Tapi muda remaja lagi k . That tanggungjawab dah smpai masa utk mak share dgn aku . Takdelah ttbe 100% nak bagi dekat aku . I pun masih belajar lagi kan . Masih bertatih dalam dunia realiti ni . Share means , we do things together . Tak lah harap mak suruuh je . Harap mak tunjuk satu-satu . Sudah-sudah lah kut jadi anak manja . LULZ .
Ehemm , as well as preparation menjadi suri rumah mithali barangkali . ihikss *gedik kau Monaa :P
Semoga ibadat sepanjang Ramadan ini dapat kita kekalkan sehingga jumpa Ramadan yg lagi satu . Itupun kalau masih berkesempatan . Walau sesaat , hargailah masa :)
Last but not least .
Makan ketupat dan rendang ayem ,
Bersama dengan teh halia ,
Buat kawan-kawan yg ohsemm ,
Selamat Hari Rayaaaa !
Suka hati aku je buat pantun (Y)
nota kaki : Ramadan , Im gonna miss you :') Hope we'll meet again next year .