Terkadang,
aku lupa yang manusia itu berbeza.
Terkadang,
aku lupa manusia itu tiada satu pun yang sama.
Terkadang,
aku fikir manusia itu fikir apa sama seperti dalam kotak fikiranku.
Maaf,
Andai kata-kata mengguris hati.
Maaf,
Andai perbuatan ku menjengkelkan diri.
Maaf,
Andai cara ku ini salah di matamu.
Maaf,
Kerana diri ini tidak sempurna.