Apakah perancangan anda pada cuti sekolah ini ?
Apakah anda mahu mencari pekerjaan ?
Adakah anda akan memasuki sekolah memandu secepat mungkin ?
Adakah anda gembira membuang banyak masa dgn memejamkan mata ?
Apakah perasaan anda bila anda tidak tahu bila anda akan sihat ?
Apakah keputusan yang bakal diterima nanti memuaskan ?
Mungkin terlalu banyak persoalan yang menerpa gegendang telinga membuatkan aku tidak keruan . Hasilnya , aku berdiam diri lalu termenung .Hidup sunyi . Mungkin terlalu biasa dgn keadaan bingit di asrama dulu membuatkan aku mengalami sedikit kejutan budaya . Padahal sudah 15 tahun aku mengabdikan diri di rumah . Kenapa perasaan itu baru kunjung tiba kini ? Macam kartun . Pelik . Hari ini entah kenapa . Rasa marah sahaja . Jiwa kacau ?
TIDAK ! Bukan marah , cuma risau yang melampau barangkali . Aku menjadi sedikit dingin . Aku sedar ini ujian Tuhan . Tak layak aku mempersoalkan qadak dan qadar Ilahi . Aku cuba menafikan hal itu . Tapi tiap kali aku lupa akannya . Ia datang kepadaku . Mungkin terlalu besar dosa aku . Allah bantu aku hapuskan segala dosa barangkali .
No comments:
Post a Comment