Assalamualaikum and Hi U'olss :)
Agak lama aku tidak mengikuti sebarang persembahan muzik secara langsung . Ya , aku penggemar muzik , tp aku langsung tidak mahir dalam mengendalikan sebarang alat muzik . *sigh
Malam tadi aku tonton UstazAzharIdrus live dari Masjid-mana-ntah-aku-tk-ingat . *UAI menyanyi ka? Beliau smpaikan kuliahMaghrib . Fuhh , penuh nak mampuih aku tgk . Baguih , baguih . Menghadiri majlis ilmu itulah yang terbaek . Dapatlah sedikit sebanyak input yg insyaAllah akan dipraktikkan . Walaupun dpt mendengaq dlm 15 minit jaa .
haaa , tulah nama Masjid kt ShahAlam tu kan . HAHA
Lepas tu aku tonton AnugerahJuaraLagu live dari Dewan-yg-besar-kat-mana-weh? . Aku pakai tshrt Superman sbb sokong FT . Aku gemar betul mendengar bunyi angklung . Amat manis bagiku .
Tahniah kpd Hafiz - Awan Nano :) Seriously aku terpana melihat persembahan beliau . Vokal yg mantap , lirik mmg tk dpt disangkal ke-puitis-annya . Susunan melodi juga indah . Gaya beliau yg hanya memakai tshrt kosong beserta track bottom berkaki ayam sangat zuhud *punboleee . Bak kata FBI , dia sentiasa dilindungi AwanNano yg berada diatas kepalanya *klako lettew
bergenang ayak mata cheq part beliau duk peluk ' bapak ' dia :')
Apa yang ingin aku coretkan di sini adalah tidak semestinya orang yg menonton ceramah agama itu org baik dan tidak semestinya yg menonton persembahan muzik itu orang tidak baik .
Aku tonton kedua-duanya . SO?
Rambut sama hitam , hati lain lain .
Aku cenderung kepada muzik , aku juga gemarkan majlis ilmu .
Apa yang pasti , apa sahaja yg kita tonton mahupun lakukan haruslah mengingatkan kita kpd Allah . Memberi pengajaran kepada kita . Bagaimana cara kita mengolah apa yg kita tonton . Ambil yg jernih , buang yg keruh. Tidak adil utk kita terus melabel seseorang itu .
Teringat kisah ustaz aku dulu . Kelakar dan garang karakter beliau . Kalau ada kelas agama mesti aku teruja .
Dia gemar bercerita .
Suatu hari ustz pergi kedai buku . Ustz belek-belek majalah dkat situ . Cuba teka ustz belek majalah apa? Kami pun menjawab nama pelbagai majalah bbntuk islamik . Ustz kata , SALAH . Ustz belek majalah Mangga dzan segala majalah hiburan yg ada . Ustz kata , kita kena tahu jgk apa jadi kt depa ni . Barulah up-to-date . Kami mcm keliru , nak gelak ke tidak . Pastu , bila dah lama belek , ustz pun decide nak beli satu majalah . Ustz tnye lagi , ustz pilih majalah mana? Kami punn , Mangga lettew kan? *sambilgelakbesar HAHA , salah lagi . Ustz belilah majalah apa-ntah-aku-tk-ingt-nme-dia tp yg pasti majalah islamik . Ustz kata , mmglah dia ustz . tapi dia kena tahu apa yg anak remaja skrg ni dok suka , barulah dia dpt tackle ke jalan yg lebih baik . KRINGGGGG ! ! *locengbunyik.puihhh
Aku sedang menuju kearah yg lebih baik , tapi tk mudah nak buang sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan . Doakan aku semua kerana tidak ada doa yg tidak dimakbulkan .