Hi! Assalamualaikum. This blog belong to Siti Farhanah Norazhar since 2009.She types random stuff randomly.Human with cartoon characters in her soul. She thinks she's awesome.She's so Mona

Monday, January 30

UstzAzharIdrus VS AnugerahJuaraLagu

Assalamualaikum and Hi U'olss :)

Agak lama aku tidak mengikuti sebarang persembahan muzik secara langsung . Ya , aku penggemar muzik , tp aku langsung tidak mahir dalam mengendalikan sebarang alat muzik . *sigh

Malam tadi aku tonton UstazAzharIdrus live dari Masjid-mana-ntah-aku-tk-ingat . *UAI menyanyi ka? Beliau smpaikan kuliahMaghrib . Fuhh , penuh nak mampuih aku tgk . Baguih , baguih . Menghadiri majlis ilmu itulah yang terbaek . Dapatlah sedikit sebanyak input yg insyaAllah akan dipraktikkan . Walaupun dpt mendengaq dlm 15 minit jaa . 

haaa , tulah nama Masjid kt ShahAlam tu kan . HAHA

Lepas tu aku tonton AnugerahJuaraLagu live dari Dewan-yg-besar-kat-mana-weh? . Aku pakai tshrt Superman sbb sokong FT . Aku gemar betul mendengar bunyi angklung . Amat manis bagiku .

Tahniah kpd Hafiz - Awan Nano :) Seriously aku terpana melihat persembahan beliau . Vokal yg mantap , lirik mmg tk dpt disangkal ke-puitis-annya . Susunan melodi juga indah . Gaya beliau yg hanya memakai tshrt kosong beserta track bottom berkaki ayam sangat zuhud *punboleee . Bak kata FBI , dia sentiasa dilindungi AwanNano yg berada diatas kepalanya *klako lettew



bergenang ayak mata cheq part beliau duk peluk ' bapak ' dia :') 

Apa yang ingin aku coretkan di sini adalah tidak semestinya orang yg menonton ceramah agama itu org baik dan tidak semestinya yg menonton persembahan muzik itu orang tidak baik . 

Aku tonton kedua-duanya . SO?

Rambut sama hitam , hati lain lain .

Aku cenderung kepada muzik , aku juga gemarkan majlis ilmu .

Apa yang pasti , apa sahaja yg kita tonton mahupun lakukan haruslah mengingatkan kita kpd Allah . Memberi pengajaran kepada kita . Bagaimana cara kita mengolah apa yg kita tonton . Ambil yg jernih , buang yg keruh. Tidak adil utk kita terus melabel seseorang itu . 

Teringat kisah ustaz aku dulu . Kelakar dan garang karakter beliau . Kalau ada kelas agama mesti aku teruja . 
Dia gemar bercerita . 

Suatu hari ustz pergi kedai buku . Ustz belek-belek majalah dkat situ . Cuba teka ustz belek majalah apa? Kami pun menjawab nama pelbagai majalah bbntuk islamik . Ustz kata , SALAH . Ustz belek majalah Mangga dzan segala majalah hiburan yg ada . Ustz kata , kita kena tahu jgk apa jadi kt depa ni . Barulah up-to-date . Kami mcm keliru , nak gelak ke tidak . Pastu , bila dah lama belek , ustz pun decide nak beli satu majalah . Ustz tnye lagi , ustz pilih majalah mana? Kami punn , Mangga lettew kan? *sambilgelakbesar  HAHA , salah lagi . Ustz belilah majalah apa-ntah-aku-tk-ingt-nme-dia tp yg pasti majalah islamik . Ustz kata , mmglah dia ustz . tapi dia kena tahu apa yg anak remaja skrg ni dok suka , barulah dia dpt tackle ke jalan yg lebih baik . KRINGGGGG ! ! *locengbunyik.puihhh

Aku sedang menuju kearah yg lebih baik , tapi tk mudah nak buang sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan . Doakan aku semua kerana tidak ada doa yg tidak dimakbulkan .


No comments: