Hi! Assalamualaikum. This blog belong to Siti Farhanah Norazhar since 2009.She types random stuff randomly.Human with cartoon characters in her soul. She thinks she's awesome.She's so Mona

Thursday, May 31

Assalamualaikum and Hi Sweetheart <3

3 Idiots was trending last night and today I would like to share with u gegurlz n boboyz my version of 3Idiots exclude me that become 4Idiots . *Dorg je idiot aku gangstaa 

Okay sebelum berlaku sebarang kekecilan hati pada mana-mana pihak , ingin saya tegaskan disini bahawa mereka ini adalah manusia yg bersama saya menempuh liku kehidupan di SESERI . Tidak kira sama ada ketika saya diatas , dibawah , dibelakang . Tapi bila saya kedepan dorg buat bongekk je . HAHA . So I think they really deserve being my IDIOTS . ahakzz . And jyeah , I'm not discriminate them according to siapa nama paling atas k . Semua sama je tahap ke-idiot-an . OhMyMalay -..-

So let's get started . ahakzz .

So dear my idiots ,
Noraini Mohd Rofi , Amirah Haziyah Bt Mohd Rosni and Nurhazwani bt Othman <3

Sbb korang bukanlah very the orang putih sangat kan , so aku taip Manglish kayh . ahakzz .


Sebenarnya aku bukan suka sangat dgn korang ni , nak suka sikit tu pun ikut mood dgn masa . Macam y'know betapa semaknya perangai korang ni kan . lulzz . Tapi masalahnya disini adalah aku ni dah sayang dan cinta mati dah dgn korang bertiga . Dengan itu , you gurlz are my idiotss . and Imma gangsta :P

Dear Nurhazwani Othman , 
Kau adalah Dorexx pertama yg aku kenal sbb kita duduk bersebelahan dalam kelas . Awal-awal lagi aku dah boleh tahu kau pelik . HAHAHAH . Sbb ada ke patut belum apa-apa kau dah bole buat latihan MATH . Bapak saiko minah ni kan . Aku dah laa tk suka minah nerd camni . Ishh betul . Aku rasa aku selalu konfius nama kau Hazwani or Syazwani waktu memula dulu sampai satu hari selamba badak aku tanya nama kau Wani tu Syazwani ke Hazwani . ahakzz . Tapi bila dah lama-lama , baru aku tahu kau ni fun person orangnya . Sumpah kau selalu nak buat aku gelak dgn gelagat kau . Satu Dorexx pun tahu perangai kau . Kau lah yg paling kaki buku antara kita berempat . Aku ni asyik buat radio rosak je dalam kelas .Kau pun selalu tolong aku buat homeworks . *Ehh aku buat ke homeworks? lulzz . Oh haa , aku selalu bawak diri pergi dorm kau kat ONCI 1 tapi selalu sangkut kat ONCI 2 je memanjang. HAHAHHAHA . Alaa , paling-paling lepak luar . Berani lah sangat nak masuk dorm ada senior . lulzz . Masuk Form 5 , k iSedih sbb aku tk letak barang nak cop tmpat kau sebelah aku . But then , that doesn't matter pun kan . We still good friends . Bila form 5 , kau pun makin femes atas title MOP yg diberikan oleh dormmates kau yakni Jeeya Asiyah n Nuryn. K lawak gila memula aku denga idea MOP ni . Oh yea , MOP stands for Master Of Pelik .  Sbb title tu kau menang anugerah top3 manusia pelik kat SESERI . imma proud of you weh . Aku tahu kau tk suka orang panggil kau MOP sbb macam mop lantai en kalau org tak faham , tapi sekarang aku tahu kau dah pasrah betul sbb even nama belog kau pun MOP'S OFFICIAL BLOG , url pun tk bole blaah http://pelik-is-awesome.blogspot.com/ . Oh yeah , kalau korang nak tahu MOP ni mmg master ah Chemistry , mmg dia tgk je soalan petik jari je dia masih fikir lagi . HAHAHHA , tapi mmg kitorg sangat respect kau sebagai AJK Chemist Dorexx . Bila UOR mmg terhibur gila tgk kau ajar kitorg kat depan . So no worries kalau kau jadi cikgu aku mesti hanta anak aku blaja dgn kau . lulzz . Okay ttbe rindu Ms Saadah . Both of you are the reason why I got the only A for science subject which is chemistry .  HAHAHA . Lagi satu benda pasal kau adalah nafsu makan kau mmg dahsyat gilo . Harap je kurum kerempeng , tapi perut kalah perut aku . Mmg syok laa bila makan dgn kau , kalau boleh semua makanan kat kantin tu kau nak beli . Bila tk habis tu , ehemm . paham paham la sapa yg makan . HAHAHAHA . Waktu SPM kita satu dorm lepas aku pindah . Aku paling ingat waktu aku doging kau buat aksi MOP kau tu dan boleh pulak si Mayam record . Lawak gilaa bila mayam rewind vid tu . Double lawak . Dahsyat je kita gelak satu dorm . Waktu SPM tu jugak macam-macam benda tak best jadi . Kau still ada dgn aku dan aku still untuk kau . Aku takkan lupa segala jasa kau . Aku harap kau maafkan segala salah aku dan halalkan makan minum aku kayh  . Please weh Wani buat Twitter , aku nak deactivate FB doh .  Kau jgn lupa aku weh , kalau kau lupa aku . Aku sebar video MOP kau . HAHAHAHHA *evil laugh*



Banyak lagi aku nak cerita tapi kang aku takut MOP lempang free kat aku . haha . So proceed , NEXT !!

Dear Amirah Haziyah Mohd Rosni ,
Kau ni , hmmm , kau ni . Acano aku kenal kau ekk ? LULZZ . Oh yaa , aku start kawan ngn kau sbb kita ada sama habit yakni memekakkan gegendang telinga orang lain . Yeaahh , aku mmg suka ahh sbb ada jugak kawan yg ting tong dalam kelas tu . *Y'know perasaan memula dgn MOP acano . ahakz . Tapi bila dah form 5 dah jadi tahap dahsyat kau main rap pulak semua lagu . Serius rasa nak lepuk-lepuk je kau . Tu yang bila outing je kita pegi mana wehh ? Ahha , Kotak Merah . Korang hado ? Dah la pakai baju outing waktu first time tu . Sangat lah sakai . Selain itu , macam semua orang tak tahu perangai kaki tido minah ni . Pergghhh ,  dahsyat gila wehh . Orang lain ada eyebag tk cukup tidur dia ni ada eyebag sebab terlebih tidur . Orang lain tersengguk-sengguk depan cikgu, dia boleh siap snuker kat atas meja . Nasib laa kawan aku sorang ni cerdik . Tu yg cikgu rilekss je dgn dia . Aku lak tension tengok kau . HAHAHAHA . Serius ah bagitau aku kalau korg ada kenal sesapa yg lagi dahsyat tidur berbanding dia . Sleeping beauty lah sangat . HAKTUIHH . Lagi satu , dia ni kalau bab bab kerja nakal mmg nomor satu . Heksaited kemain . Dgn kau laa aku byk skip kelas . Sbb kebanyakan xtra kelas kitorg sama . hehe . So lepak 'study' kat kelas bila prep petang . Aku ingat lagi waktu xtra kelas AddMath hari sabtu , mmg kitorg secara terhormat ada org cari kena pergi kelas sbb waktu tu cikgu luar yg ajar . Part bengongnya adalah , aku yg escort cikgu tu pegi Bilik Addmath , lepas hanta bole plak patah balik masuk kelas . Sebab aku cam excited ngn cikgu ni , aku pun ajak ziya pergi en . By the time nak turun tulah ada orang cari kitorg *Dalia Nadia sebenarnya cakap Ms Ding seru nama kitorg . LULZ . Dah biasa dah masuk kelas buat muka tebal mcm tk bersalah . ahakzz *Sorry Ms Ding , we're finishing the modul in class <--- OME! Persamaan kitorang lagi adalah kami Imtiaz , dan layak aku cakap mmg orang tk sangka tu jawaran kitorg kan . Kfine ahh korang semua . Apakan daya , muka budak jenayah *jenayah Ziya je penah buat . Dengan kau jugak aku banyak luah perasaan . ahakzz . Banyak benda aku bgtau kau jugak walaupun entah kau denga ke tidak . lulzz . Tapi lagi banyak cerita chintan kau dekat aku . Lagi satu bnda yg aku mmg ingat pasal kau adalah , kau mmg khusyuk gila kalau makan .Perghhh , korang mengumpat ke fitnah la teruk dahsyat sebelah dia time makan . Rileks je weh dia , sbb haprakkk pun dia tak denga . Betapa dia menikmati makanan tu *tepuk dahi* Haaa , lagi satu dia ni gaya mmg maskulin sikit sbb kat KJ kawan semua ramai lelaki . Tk habes habes dgn KJ dia . Naik nyampohh aku . ahakzz . KJ tu Kelana Jaya k u'olz . Apa pun ziya , aku nak wish all the best kat kau utk upcoming IB kau ni . Semoga kau dpt fly India yeh , bukan setakat fly KLCC je kau boleh buat k .Aku pun nak mintak ampun n halalkan oreo yg aku selalu rembat dah air yg kita sentiasa kongsi bersama k . Aku sayang kau kawan .Jangan lupa aku k . Skype Twitter kan hado . ahakz



K dah dah cter pasal kau , dah la bosan je punng . NEXT !!

Dear Noraini Mohd Rofi ,
ini dia cewek Kuantan yg satu-satunya paling jauh antara kami . SOBSS T.T , bila nak jumpa lagi ni k.enny? Noni , aku mmg tak tahu nak describe kau ni macam mana . Tapi yg pasti aku kenal kau pun sbb kau mcm kipas susa mati dgn Hindustan especially Aamir Khan . *Siap penah buat DP bhaii Lagi satu Noni ni minat gila dgn Hujan . Perghhh , kalau salah tempo ke salah lirik ke mesti kena sound . Menyampah betul . Dia mmg seorang yg penyayang ahh sebenarnya walaupun dia selalu macam tkde feeling lah konon . Aku tk percaya aku kawan dgn kau sbb kau serius Rempitz weh . HAHAHAHA . Kita makin rapat waktu form 5 sbb kita sama-sama tercampak dkat blok C dah dorm pun selevel . Aku mmg rasa kau penyelamat aku waktu tu . Excited gila aku nmpk familiar face dkat blok C tu . Sejak tu sebulan aku tidur dorm kau sampai aku menerima title ahli dorm angkat Brassi 4 . Even birthday aku pun korang bajet nak prank dekat dorm kau . Aku terharu sebenarnya tapi aku rasa bosan sebab prank korang guna alini ngn zimah nak saiko aku tk jadi . Tapi mmg cool ah korang seludup kek tanpa aku sedar korg beli . Padahal aku 24 jam dgn kau kot . Terer lah u'ols ni . Aku ingat lagi waktu aku jaga kau waktu kaki kau tempang seketika waktu tu . Ada je orang tk puas hati dgn kau kan . Tkpe wehh , aku ada :') Malas nak ingat cerita org yg tk puas hati dgn kita ni . Waktu form 4 tulang tangan kau bergerak dari tmpat asal . Haihh , mmg complete ah weh 2 tahun kau kat situ kaki tangan semua penah sakit . Thanks Zimah sbb sentiasa ada utk kau jugak  . Haa , kau ni mmg aktif sukan kan? Dengan netball lah , softball lah . Semua kau nak main kan . Atlet gitu , even tarik tali pun kau masuk . Dah la lawan aku , aku yg kalah . Sakai betul Noni ni . Paling best bila aku jadi music director bersama dgn kau sebagai ketua cheerleaders . HAHAHHAHA . Mmg dgn aku sekali kau suruh hafal step cheer . Tapi aku mmg suka pun menari ni . Smpai ada kata aku ni mmg reti menari even ......... <---- aku faham apa dorg nak sampaikan .HAHHAHA . Betapa kitorg ni nak cari masa nak choreograph cheer , kitorg sanggup pegi hospital sesama waktu sekola . Kebetulan aku mmg sakit perut , tapi mmg normal aku ni asyik sakit perut ekceli , yg kau pegi sbb nak check balik kaki kau kan  ? yeke ? aku pun dah lupa . Kesian bdk form4 tu tk dapat pegi . Kat sana mmg complete kitorg draft nak choreograph semua . Tunggu lama sangat kot sbb ada budk ni kena masuk air lah apa lah dulu .Cirit birit katanya . lulzz. Tapi mmg best ah wehh . Tu kenangan paling aku ingat lah dengan kau selain kau ajak aku ponteng prep malam .

HAHHAHA . Sakai betul malam tu . Waktu tu probees pengawas yg check dorm . Kau pegi mandi , aku stay kt dorm . Kau pesan switch off semua lampu , tapi aku yg pengecut ni boleh plak tgglkan satu lampu terpasang . Mmg budak tu buta tk nmpk ada org dalam dorm tu . Aku bg alasan baik punya tapi dia buat muka tk percaya , maka budk tu turun nak pi panggil geng kot . Aku pun berlari pergi toilet , mmg kau tahan nak maki aku kan waktu tu . Berlari balik masuk dorm , terus tutup lampu . Ttbe aku nmpk bayang budak tu , dia dtg balik . Choyyy , mmg kantoi ah kalau dia bkk pintu . Aku sumpah cuak sbb tu first time wehh nak menyorok segala . Nahas kalau kantoi kot . Tercalar ah sebagai senior . HAHAHHAAH . Dorm tu sumpah kecik gila , aku mmg nyorok belakang katil dan meyusup bawah katil . Mmg aku kecik wehh . Yg klakar , aku dah pasrah dah . tapi aku tk tahu kenapa budak tu just berdiri kat luar n tak berani nak masuk . Selamaaaat . *pnjg pulak aku rewind . Aku paling suka dnga cerita AA kau , kau pun dnga ceritaa aku . Kita selalu nak buat aksi lesboo , tapi tkda sapa nak hanta nama kitorg masuk list ustazah . HAHHAHA . tu baru betul namanya kitorg ni BFF . *BFF ke ? lah sangat :P Saat-saat kau jauh dari kitorg , fuuuuhhh . Sakit wehh . Aku sedih sangat tahu ? kau tau tak ? Dah kata mmg aku hadap muka kau dari pagi sampai pagi weh .Mana tk sedih ttbe kau nak jauh dari kitorg . Smpai aku ada tulis 'puisi' nak bagi kat kau tahu . Tapi belum sempat aku bagi , kau dah bagi 'puisi' kau bg kat kitorg :') Aku mmg hargai friendship kita ni wehh . Aku sayang gila kat kau . Budak dorm kau pun aku sayang sampai aku selalu nak cerita hantu dekat si Farah pengecut dgn si BeRuk tu . HAHHAHAHA . Klaka time mintk sign akak brassi , waktu tu kau bagitahu semua orang nama penuh kau Noni Gagariah Zainab . Mmg superb ah kau boleh buat semua orang percaya weh . Hidup-hidup kau tipu satu sekolah . Ramai kot sebersalah nak tanya kat kau so tnya aku betul ke tu nama kau . Lawakk sehh . Kau ni mmg aneh aneh weh . Aku ingat lagi time kau menangis datang dorm aku , aku menangis bawak diri kau cari aku satu blok . Padahal kau kenal sliper jamban aku yg hot tu kan :P Malam-malam kita online pastu chat dgn AD . best wehh , walaupun baru kenal perangai sebenar si AD lepas habis skola . Saba je aku . Tapi comel kan cerita A Little Thing Called Love . Tapi cerita Nonie_AA lagi aku suka <3 So Non , aku doakan yg terbaik utk life kau weh . Semoga kita dapat berkawan sampai Syurga . Maafkan segala salah aku n halalkan makan minum aku k :')



aku tak pernah bosan nak post gamba ni walau berjuta kali :')

Sebenarnya dah lama aku nak taip benda ni . Aku rindu sangat saat kita berempat get together . Saling gelakkan antara satu sama lain . Saling bergaduh pasal segala perkara . Sekarang ni semua pun dah menjauh . Noni nuun jauh kat pahang , skrg dah masuk Matriks dah pun . Yang lain pun dah nak sambung belajar . Aku harap aku tk lupa segala memori kita bersama . So in future kalau aku rindu korang aku akan baca post ni la kot .Aku tak nak lupa segalanya . TAK AKAN aku lupaa . Sbb korang adalah sebab aku boleh bertahan kat sekolah yg macam penjara bak kata orang . Aku pernah satu malam tak tidur dan terkenang saat indah kita bersama sampai aku tk sedar aku menangis sambil gelak . Aku tgk balik video prank bday Ziya n Dee , semua video yg aku ada . Kebanyakkannya mesti ada korang . Aku harap korang tk pernah lupa aku . Kalau korg senang , rajin laa call aku . Nak share masalah ke hot story ke . Aku sentiasa menanti . Aku sayang korang kerana Allah :') 

Kalau korang dah baca post ni , aku harap korang respon k . Paling best kalau korang dapat call aku :') hihi

May Peace Be Upon Us All :D

No comments: