ALHAMDULILLAH :)
Syukur kpd Allah atas rezeki ini .
Ya , saya belum cukup puas jika dilihat rupanya berdasarkan bilangan A . Tetapi itulah harga yg sesuai utk manusia yg lalai ketika punya peluang ini . Namun Allah masih sayang akan hambaNya ini kerana keputusan itu tidak laah teruk sehingga membolehkan mata mengeluarkan airmata darah .
Kalau diingat kembali waktu itu , Tuhan saja tahu sakitnya . Terima kasih kpd kwn-kwn yg prihatin dan membantu sewaktu aku dlm kesusahan *terharu laa dgn korg ni
Sekarang jom pandang depan dan menuju ke arah kejayaan . Aku redha kali ini perjalanan hidupku adalah di bahagian bawah . Yalaah , seperti yg kerap dicanangkan manusia . Hidup ibarat roda .
---------------------------------------------------------------------------
Ya , aku kecewa . Aku cuba utk mengalirkan air mata . Mana tahu kecewa itu boleh dibawa pergi bersama air mata itu . Namun , hal itu tidak berlaku . Sakit pulak hati aku bila tk mampu nak menangis ni . Oh ya , mungkin itu tanda Allah makbulkan doa aku agar tenang . Dan tiba-tiba aku rasa aku bersetuju dgn kata seorg kenalan ini .
' Kenapa perlu bersedih sedangkan ada lebih byk lagi sbb utk kita gembira 'Kemudian terhasil video diatas . Ia adalah peringatan kpd diri ini sebenarnya . Kpd yg menonton? , TerimaKasih :D
No comments:
Post a Comment