Assalamualaikum and Hi :)
MasyaAllah , indahnya ciptaan Allah bukan ?
Dah lama tak tengok pelangi secara langsung , hmm . kalau nampak pun warna tidaklah sebenderang mcm gamba diatas . Walau bagaimanapun sudah cukup menggembirakan setiap insan yg memandang .
Orang kata , pelangi muncul lepas hujan . Hmmm , *aku pi jenguk kat luaq Takdak punn .
Kecewa lah pulak . Maka aku pun google gamba sajalaah . Hihi . Sudah cukup buat aku tersenyum mcm kerang bushuk .
Daah daah , aku bukan nak cerita pasal pelangi . Tapi sebelum tu jom layan lagu Laskar Pelangi - Nidji . kih kih kih
Sejak kebelakangan ni , aku asyik rasa cuak . *Mende kau ni , result kan dah amek Yelaah , aku cuak sbb fikir hal berkenaan masa depan . Sekarang ni rasa macam terumbang-ambing pulak dah kan . Bila dengar yg JPA dah tk bagi biasiswa , MARA pulak bagi pinjaman sahaja . Itupun untuk course Medic & Dentistry je <----- aku tk sure kesahihan yg asli . Lepastu ramai pulak kata nak dpt scholarship kena tggu after first sem/year baru bole apply . APAKAH ? kfinee , aku pun bukan layak banyak pun nak apply scholarship buat masa sekarang ni . Ada la dua tiga ketul . Aku risau kalau aku tk dpt course yg aku pilih dkat UPU . hmmm :( kalau aku minat tkpe jugak , kalau tk minat ? ohhhh , kenot go . kenot . kenot <--- cannot Aku terpaksa bersaing dengan beribu riban orang yg result lebih mantap drpd aku . Uwaa , mcm mano ni ?
An-Nahl [18] Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Allah Maha Besar . Setelah aku bermuhasabah diri . Aku pikir balik lah kan . Kenapa laah aku nak merosakkan mood aku dgn perkara yg sebigini rupa . Better aku berdoa dkat Allah . Better aku pi bukak dulu buku apa patut . Better aku gunakan masa terluang ni untuk dekatkan diri kpd Allah . Better aku guna masa ni berbakti kepada kedua orang tua . Better aku tolong ajar Sains dekat adik aku . Better aku pegi joging bia terbakar lemak-lemak tepu serta tidak tepu ini . Better aku belajar masak agar tk kebulur bila dah tk tinggal rumah dgn mak . <---- okay banyak ni aku baru pikir ekceli . ni yg suka berbelog ni . kih kih kih
Aku ni kurang kebergantungan kepada Allah ni . Astaghfirullahal'azim . Apa nak di cuakkan lagi . Ye dak ?
Aku dah usaha dimana aku dah pilih course yg aku minat dan setaraf dgn result aku . Aku patut belajar reda * eja redha adalah reda . BM A+ . Aku patut percaya qada' dan qadar Allah .
Setelah penggunaan prinsip DUIT iaitu
D - Doa
U - Usaha
I - Istiqamah
T - Tawakal
Lepastu baca pulak ayat ni
Baqarah [216]…… boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
So , chillax everybadehh . Inilah pelangi aku setelah hujan dalam hati menimpa . Perempuan mmg fikir macam-macam . HAHA .
Satu perkara yg amat penting , kita tak perlu falsafah dari Barat kerana kita punya al-Quran yg penuh kata-kata motivasi . Kan kan kan ?
No comments:
Post a Comment