Hi! Assalamualaikum. This blog belong to Siti Farhanah Norazhar since 2009.She types random stuff randomly.Human with cartoon characters in her soul. She thinks she's awesome.She's so Mona

Monday, April 30

PBAKL'12 feat ShopTillDrop@TS

 Assalamualaikum and Selamat Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak :)

Seperti yg kebanyakan rakyat Malaysia yg prihatin sedia maklum bahawa sekarang sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 aka PBAKL '12 yg tidak bosan memilih lokasi yg sama iaitu Putra World Trade Centre aka PWTC . Maka saya dan beberapa orang rakan merancang untuk kesana sekian berjimba-jimba dgn buku yg penuh dgn tulisan , lakaran , contengan , dan sebagainya .

Bertolak ke PWTC bersama Hazwani dan berjanji utk berjumpa dgn Amirah di Sunway Putra Mall atau nama dalam kad pengenalan lama ialah The Mall . Di sana menanti kami juga Amirah Zahirah dan Syahindah si Rockers . Maka kami berlima berjalan kaki bersama melintas jalan yg sepatutnya tidak wajar dilakukan kerana jejantas telah disediakan . Jgn contohi aksi kami ini kerana kami punya Rockers sbg penyelamat *kening-kening

Setiap tingkat pasti dipenuhi umat manusia yg mempunyai latar belakang , saiz , jantina , usia , bangsa dan agama yg berbeza . Yaa , buku mampu memupuk semangat 1Malaysia . *patriotik siaa Mona

 Farhah . Hazwani . Amirah . Farhanah

Terserempak dgn Farhah sewaktu dalam perjalanan mencari lokasi beliau di kawasan booth Telaga Biru kata beliau . Lalu ketawa kami pecah kerana kami terserempak dalam keadaan ala-ala drama Korea . *Kecepeng kecepeng <---- bunyi ketawa pecah . Farhah ditemani Ezzaty ke sana . Teruja melihat wajah yg dikenali . Bezanya dulu berbaju kuning semua , kini bebas pula gayanya . *Baju prep kami kuning  

Lenguh kaki berjalan , berpinar mata melihat , pening kepala memilih dan akhirnya saya membeli dua buah novel Bahasa Inggeris dan sebuah buku motivasi . Manakala Amirah dan Hazwani membeli berbondong-bondong buku pelbagai genre *Genre ? bukan utk movie je ke ? Ahhh , tibaii

Tanpa mendiskriminasi diri sendiri , kami melawat Kedai Pink Ain Maisarah . Saya dgn alasan ingin membeli novel untuk adik tersayang manakala Amirah ingin mendapatkan sambungan novel Impiana . Lalu kami tanpa malu tapi beserta segan menyerbu kak Ain Maisarah yg comel dan baik hati . Beliau menurunkan tanda tangan sambil kami berborak mesra seperti dah kenal lama . *Mana taknya , dah 3 tahun berturut mesti jumpa mintak otograp . lulz

 Oh ya . Saya berkesempatan berjumpa dgn Vlogger atau kerjaya asal beliau seorang pekomik iaitu AmanWan

ni salah satu vlog AmanWan yg ada kaitan dgn Ain Maisarah . silalah play mcm youtube sendiri :) 

Kami menikmati hidangan tengah hari di Medan Selera Hang Tuah tingkat atas sekali The Mall . Makanannya enak belaka dan lebih dahsyat daripada berpatutan yakni murah-murah belaka . Tiba-tiba si rockers Syahindah dan Amirah Zahirah yg baru pulang berkunjung ke SESERI datang kpd kami . Oh , dia ingin bergambar dgn retiss ghopenya . 
 Yang pink tu laa retiss . Kan Indah si Rockers ? lulz

Namun malang tidak berbau , tidak sewajarnya dia menyuruh Mona si Retiss mengambil gambar mereka . Maka inilah hasilnyaa . Tadaaaaaaaaaaa . 
 Amati perbezaan riak wajah Syahindah si Rockers :) Loikeee to da Lulzzz

Aktiviti membeli-belah aka mengopakkan wang didalam dompet tidak berhenti di PWTC sahaja . Kami meneruskan perjalanan ke Berjaya Times Square . Bukan bertujuan utk menikmati permainan DNA Mixer sekali lagi tetapi untuk mendapatkan stok pakaian baru bagi Amirah dan Hazwani *dan2 je dorg ni  serta saya mencari tudung bawang bawal yg selesa utk ke kuliah *ecewaaahh , dah prepare gituuh Terima kasih Hazwani kerana belanja selendang utk saya . Sangat manis bukan ?




Terakhir tapi bukan tersikit *Last but not least saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yg terlibat dalam mengAWESOMEkan hari saya pada harini . Terima kasih Hazwani , Amirah , Farhah , Ezzaty , Amirah Zahirah , kak Ain Maisarah , abg AmanWan dan semua yg kot-kot mengenali saya *bajet femes siaa


Hmm , rasanya aku tk tertinggal nama siapa-siapa kan :) May peace be upon us <33

Sunday, April 29

Notti Kiddo In da Hauzz

Assalamualaikum and Hello Olzz . 

Semalam Mona balik kampung . weeeeeeeeeeeeeeeeeehuuuuuuuuuuuuuuu .
 Seronok sangat jumpa adik adik yg comel nakal semedang ni kan . 

"Hey , awak kenal tk siapa saya ? " Mona bertanya
" Hmmm , entah " jawab Ammar theBoboiboy sambil teguk air .
" Apaa ??? " Mona tahan ngamuk . lulz
" Okay , cuba teka . takkan tk ingat langsung " Mona memberi peluang
Ammar theBoboiboy pun menarik nafas selepas dua gelas air dia minum , buat muka comel dan berfikir
" Hmmm , Habibah kot " 

Dan2 namaa I Habibah u'olss . Waah waah , 
ingat nak marah . Tapi tkpelaah . Sbb kau comel I pasrah je kayy .

U'olz U'olzz , u'olz nak tahu tak ? *membajet betul minah nii
Mona sempat bukak kelas ajar segala subjek dekat bebudak ni .
Well , saja uji kepakaran . lulz

" How to spell BALL ? " teacher Mona asked
 "B.O.L.A . Ball " cerdiknyaaaa bebudak ni .

Here , I got some photos of them . 
Agak blur because kerana pakai C3 cikai I jerzz . 
 Iffah n Aufa . 


 

 Naim and Haikal 

 
 Haikal . Zikri . Ammar . Naim

 tgk yg kat belakang tu dah kenapa ? lulz

 Peace u'olz . Saya comel kanzz ?

 pffffffffffffffffffffft . saya lagi macho kayyzz

Okay last shoot everybadehhhhh . HAHAHA

Klaka lah u'ols ni , nanti dah besar jgn lupa kak Nana kay , bukan kak Habibah . lulzz

Kalau u'olz nak tahu , Naim dgn Ammar ni adik-beradik . Bukan senang nak jumpa mereka . Sbb dorg stay dkat UTM Skudai . *dan2 kecik dah tinggal kat U So , Mona mmg hekshaited angat lerzz jumpa dorg , especially Ammar theBoboiboy . *Mona bias lasseud

What I'm trying to say here is , we never know when will be the next time . It's okay if these kids being naughty towards you * tapi kalau melampau tu bagi tangan je . Y'know , kids grown up so fast . Bila lagi kau nak merasa bergurau sendek dgn sepupuz kecilz mcm dorg . Tk lama lagi semua dah besar harapan lah nak bermanja-manji mcm sekarang kan . So , appreciate every single person who come into your life . 

Sebelum balik kampung lepas Maghrib semalam , I tk ikut my family pergi ada satu wedding ni sbb malas * org nak bg makan pun malas . lulz  Wedding ni dia start pukul 6 ptg smpai malam . Waktu dorg pergi tu , I tgh berjimba-jimba di Twitter . Sedar-sedar dorg dah keluar rumah .

All of sudden , I heard an extremely loud BANGG sound . Dah macam bom meletup pun ada . Okay I cuak gila sbb tu mmg bunyi kereta berlanggar . YES , IT'S AN ACCICENT . mmg depan rumah den . Okay double cuak sbb I'm so afraid kalau tu my family . Rasa mcm nak menangis , gelabah semua ada . Then I keluar . tapi tkkn nak biar rumah terbukak mcm tu je , nak kunci malas la pulak . So , tk jadi la nak tgk mangsa accident tu siapa . I decided to call my mum , Oh great . She left her phone . So I called Ayah's. I can hear the ringing . Alhamdulillah , Ayah angkat the call and sound like nothing happened . *Mmg nothing happened pun . lulz

Moral of the stoghy , malang tidak berbau dan hargailah insan yg tersayang . 
Kerana nila setitik , rosak susu sebelanga *Hoi , tkde kene mengena lah Mona . lulz



Saturday, April 28

G.I.M ( Gadis Idaman Malaya )

Assalamualaikum and Hello :)

So I met Sha and Paa *again at Alamanda last Thursday . 
Nothing much to tell about but for sure I had so much fun with them .
And yeaah , let's the photos speak for me . lulz

Sampai-sampai je "Aku lapar , tak makan lagi" Nashazreen

 Paa get so excited meeting Sha with her Abaya .

 Rawwrr Mona . Yeah , I ate a lot -..-

 3 coke , 3 burger . How big your tummy can be ? 

 Always the same Shaaa .

Brpppp . Alhamdulillah kenyang . "Eh , Parkson sale lasseud" anonymous

Nak kaleRRR apa ek *tekan sikit bunyi R tuu 

 Weh Mona , tolong la punggah untuk aku . Mnck doh cemnik 

 Vatt da heck ? 70% jeRRR . hmmm . kfoinee . Free gift tkde ke ek ?


 Lepas ni kita straight fly pergi London , New York , Las Vegas . LAS VEGAS? *ehh , tu tempat judi . Astaghfirullah


Hey , welcome to Paghisss :)

 krik8 . 

 comelkan saya ? saya kakak kpd Hello Kitty . Nama saya Hai Kitta :/

Shhhhh , jgn bagitahu adik saya . Saya tgh stalk dia . lulz

 uuuuuuuu . chill betul suasana kat sini . Awwww

 Dah lettew , Mak mak dah penat . lulz


Okay jom ikut adik pergi kawasan yg lebih suci , aman , dan murni :) 

 spesies apa binatang ni? . takutnyeww sayeww

 Waaah , abe Ottomeng (Ultraman) . 

 Beng Beng Beng , mati kau , mati kau . uuuuuuuuuuuuuuuuu

Yayyy , ini hasil tangkapan hari ini . 

MISSION ACCOMPLISHED



Friday, April 27

HIMEGA '12 : Nurturing 'Alim Mujahid

Assalamualaikum and Salam Satu Dunia :) 

Waaaah ramainyaa rindu I . Sabar kay . I dah selamat balik dah ni . *Perasan siaaa

Maka saya dan Paa telah melibatkan dalam program seperti yg tertera diatas dan dibawah *dan dan tukaq bahasakan diri saya 

Yeah , bertempat di KUIS . Lawaa sangat ohh tempat dia . Lawa mcm aku <---- errrr  Sebelum ni just lalu lalang depan gate dia je sbb nak pi Pasar Malam kat Bandar Seri Putra . tak sangka tmpat dia lawa cenggini . Serious lawa , pergghhh lawa gila . *Berapa banyak lawa daa -..- Yelah aku mengaku , dah lama sangat dah aku terperap kat rumah , tu semua bnda indah belaka . LOL . 


Selama tiga hari dua malam merasa jadi mahasiswi , Awww , bajet bajet bajet . tentatifnya seperti dibawah . 
Kalau tgk tentatif diaa , uhuk uhuk . Terasa diriku perlu dimatangkan . kikikikiki

DAY 1 - 21 APRIL 2012

Ramai gilaaaaaa orang , okay tk pelik lah kan . takkan aku berdua je dgn Paa . Maksud aku adalah most of them know each other and budak sekolah agama , sopan-santun , ganaih mcm aku pun ada tapi aku bajet awesome . *jgn annoying Nana -..-  Pok pek pok pek , pastu daftar , masuk auditorium . Waaah , dah ramai dah orang . Lalu Paa drag aku duduk depan sekali . Neves weh , lepas 2 tahun baru duduk depan balik . LOL .

U'olss nak tahu takk ? TV Al-Hijrah pun hadoo wehh , tapi aku tk sure pulak muka aku akan muncul di kaca TV. Okay fine , aku tk femes . Kamera nmpak aku lari terus . 

Part paling gagah dan tabah adalah bila kena angkut bagasi segala barang nak pi hostel . Mak aiihhh , jauh bebenor . Serious boleh kurus kalau aku stay situ lama lagi *bagus jugak ehh . Sampai hostel pulak kena Q nak naik lif . Alhamdulillah lah aku ni pantas , cekap , efektik . So , dapatlaah naik lift first trip . HAHHAA . Ouh yeaah , saya pemegang kunci bilik . hihi . Aku rasa berkuasa . LOL *Mona Gipaang


Terima kasih Ayuni sbb ambik gamba kami :) *Ayuni kawan baru Mona

Lepas zohor , tukaq baju , masuk auditorium , ada pelancaran buku *okay aku lupa buku apa -..- Then yessss , OUTDOOR !! aku suka outdoor tapi yelah Malaysia panas . LOL . Segala jenis games main , then build group . Klaka laah sbb aku dgn Paa dapat sama kumpulan hasil satu game ala-ala spider-web . 

Nama kumpulan kami MUJATTLE *apa kejadah bahasa Latin ke apa ni Mona? Tu nama manja la u'ols , nma panjang we'ols Mujahadah Battleship *Yeah , ni idea Fai then aku pun bajet gila sokong sbb influence gilaa dgn movie Battleship 


Malam tu pulak lepas kuliah Maghrib , solat Isyak semua . We'ols terus pergi auditorium ada Perasmian Pembukaan HiMeGa '12 . Sangat AWESOME , GEMPAK , STYLE dan sebagainyewww . tk percaya ? ni tgk gimik depa buat .


Aku tak berhenti sengih je tgk video ni , lawaak sikit ahh . HAHAHA . *tknak kalah doh Mona 


Memang semangat aku yg dah terbakar-bakar tu bertambah menyala marak laa weh . Aku mmg excited nak teruskan program . Tapi dalam perjalanan balik ..........

Mona membajet tengah jalan . Sekian :) 




DAY 2 - 22 APRIL 2012


Waaaah , another lovely exhausting day in KUIS .

Okay this time we've been seated according to group , since my group was the second last on list which is 15/16 . So , we sat on almost last row in the auditorium to be exact behind the boys *Tidak suka sama sekali -..-

Never mind bout that , not a big deal . * dan dan Monaaa :P  Slot 'Alim Mujahid . Yess , this is the biggest main point need to be discuss . 

Like seriously WHAT IS 'ALIM MUJAHID ? *Mona likes that question mucho :) Well , itu bahasa Arab *obviously lah Monaa  .

'ALIM ialah orang yg menguasai bidang ilmu . 
MUJAHID pula orang yg bersungguh-sungguh bekerja demi deen Allah iaitu ISLAM .
Haaa , faham tak semuaaa ? Maka , visi Mona skrg adalah menjadi 'Alim Mujahid .

Alaa Monaa , belajar masuk U , dapat degree , master , PhD semua . then gaji besar cukup ahh , Bokpe nak jadi 'Alim Mujahid ni ? Seghupe nak perang jee

Waaaah , betul-betul . Mona pun nak gaji besar , rumah besar , kereta besar , suami besar . LOL Tapi kita kena ingat , kita ada Allah . 
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku. (QS Adz Zariyat : 56)
Yes u'ols , Allah turunkan manusia ke bumi utk menjadi khalifah Allah . Kita ni hamba yea u'ols . Mona pun selalu lupa . Semoga lepas ni kita saling mengingati la yeaa . Lagi satu , kita ni kena cari redha Allah . Tahukah anda bahawa REDHA ini lebih tinggi darjatnya daripada CINTA . Kalau manusia ucap kata cinta dekat kita pun kita dah suka . Eh , tak payah cinta lah . cakap minat pun cukuplaah , betapa berbunga hati kita kan? Apatah lagi bila Pencipta kita ni redha kpd kita . Subhanallah . InsyaAllah Syurga milik kita :')

Okeng Mona , ater acano nak jadi 'ALIM MUJAHID ni ? eksaited pulak aku nak jadi hamba yg diredhai ALLAH .

Kita perlu ada modal paling penting iaitu JIDDIYAH & ILTIZAM

Eh Mona , aku tk terer Arab . ce kau explain sikit ?


Aku pun tak lah terer mana . Sikit-sikit reti la aku nak share . Berdasarkan apa yg disampaikan oleh favourite penceramah aku of the day DR.JOHARI B SURIF . *belah kiri tu dia ada misai*

Dalam JIDDIYAH ada 5 elemen penting iaitu 
KESUNGGUHAN , BERSEDIA , BERSEGERA , KETABAHAN DAN SEDAYA UPAYA .

okay ni antara laah utk dalam JIDDIYAH tu , tapi more utk BERSEGERA laa . ini dicilok dari Productive Muslim Seminar . hihi

After Zohor break , we get into our group and discuss about us as WORLD FUTURE LEADER . Whatta really productive brainstorming session . Sharing our experience . Sharing stories . Sharing knowledge . How much I miss those moment . Really .

Malam ada buat Career Test . Oh malas nak cerita sbb bosan . LOL . Oh before that , mereka ada share pasal Kolej Teknologi Darulnaim . Okay aku lame sbb first time dnga tmpat ni . Yelaah , I kan bagaikan katak bawah tempurung lutsinar . Kan princess ? *Semoga princess baca lalu unmention aku di Twitterjaya
Oh before that lagi ,  petang tu kami ada photoshoot . Wahh , peluh menitik-nitik . LOL . Okay I sedar ni Malaysia . *Baru nak bajet London lah u'olss 

Dan malam tu aku balik seorang diri tanpa Paa :/

DAY 3 - 23 APRIL 2012

Last day @KUIS . Waah sedihnya nak berpisah dgn room mates yg awesome . Rindulah dekat Fatihah , Izzah and Farah :) Yelaa , aku kan tukang pegang kunci *Ehh , ada kena mengena ke?

kiri Fatihah dgn kawan dia . *Sorry Mona lupa nama awak

Paa makan tiga pinggan ohh , bukan salah sayaa . hihihihi . Kfine kongsi laah , Ater dulu akak DM tk kasi amek extra . Sini akak fasi bagi . LOL 

Untuk hari terakhir ni kami kena tukaq pi auditorium yg lain . Dimana saiznya dua kali lebih kecil . Daaann , hmmmm . tgk laah sendiri 

no komen -..- Aku mmg ada masalah dgn lokasi petempatan . LOL

Haaaa , kalau u'ols nak tahu . Kitorg ada lagu tema . Tajuk dia Jiwa Syurga by Al-Maidany .Sangat best lah lagu ni , mmg party-rocking bersemangat laah lagu ni . Oh ni video closing kitorang pulak . Hmm , ce cari aku mana . Kalau nmpak aku bagi eskem Malaysia sebatang :)




Okay , sampai sini jelah kot ek . Rasa macam dah panjang . Tapi tkdelah panjang mana .But seriously kalau u'ols ada apa apa inquiry pasai ALIM MUJAHID ni , just contact aku . Gunalah alat komunikasi jenis apa pun .Tibaai , aku tk kisah . 

Semoga Allah meredhai hidup kita :) May Peace Be Upon You !