Assalamualaikum and Salam Satu Dunia :)
Waaaah ramainyaa rindu I . Sabar kay . I dah selamat balik dah ni . *Perasan siaaa
Maka saya dan Paa telah melibatkan dalam program seperti yg tertera diatas dan dibawah *dan dan tukaq bahasakan diri saya
Yeah , bertempat di KUIS . Lawaa sangat ohh tempat dia . Lawa mcm aku <---- errrr Sebelum ni just lalu lalang depan gate dia je sbb nak pi Pasar Malam kat Bandar Seri Putra . tak sangka tmpat dia lawa cenggini . Serious lawa , pergghhh lawa gila . *Berapa banyak lawa daa -..- Yelah aku mengaku , dah lama sangat dah aku terperap kat rumah , tu semua bnda indah belaka . LOL .
Selama tiga hari dua malam merasa jadi mahasiswi , Awww , bajet bajet bajet . tentatifnya seperti dibawah .
Kalau tgk tentatif diaa , uhuk uhuk . Terasa diriku perlu dimatangkan . kikikikiki
DAY 1 - 21 APRIL 2012
Ramai gilaaaaaa orang , okay tk pelik lah kan . takkan aku berdua je dgn Paa . Maksud aku adalah most of them know each other and budak sekolah agama , sopan-santun , ganaih mcm aku pun ada tapi aku bajet awesome . *jgn annoying Nana -..- Pok pek pok pek , pastu daftar , masuk auditorium . Waaah , dah ramai dah orang . Lalu Paa drag aku duduk depan sekali . Neves weh , lepas 2 tahun baru duduk depan balik . LOL .
U'olss nak tahu takk ? TV Al-Hijrah pun hadoo wehh , tapi aku tk sure pulak muka aku akan muncul di kaca TV. Okay fine , aku tk femes . Kamera nmpak aku lari terus .
Part paling gagah dan tabah adalah bila kena angkut bagasi segala barang nak pi hostel . Mak aiihhh , jauh bebenor . Serious boleh kurus kalau aku stay situ lama lagi *bagus jugak ehh . Sampai hostel pulak kena Q nak naik lif . Alhamdulillah lah aku ni pantas , cekap , efektik . So , dapatlaah naik lift first trip . HAHHAA . Ouh yeaah , saya pemegang kunci bilik . hihi . Aku rasa berkuasa . LOL *Mona Gipaang
Terima kasih Ayuni sbb ambik gamba kami :) *Ayuni kawan baru Mona
Lepas zohor , tukaq baju , masuk auditorium , ada pelancaran buku *okay aku lupa buku apa -..- Then yessss , OUTDOOR !! aku suka outdoor tapi yelah Malaysia panas . LOL . Segala jenis games main , then build group . Klaka laah sbb aku dgn Paa dapat sama kumpulan hasil satu game ala-ala spider-web .
Nama kumpulan kami MUJATTLE *apa kejadah bahasa Latin ke apa ni Mona? Tu nama manja la u'ols , nma panjang we'ols Mujahadah Battleship *Yeah , ni idea Fai then aku pun bajet gila sokong sbb influence gilaa dgn movie Battleship
Malam tu pulak lepas kuliah Maghrib , solat Isyak semua . We'ols terus pergi auditorium ada Perasmian Pembukaan HiMeGa '12 . Sangat AWESOME , GEMPAK , STYLE dan sebagainyewww . tk percaya ? ni tgk gimik depa buat .
Aku tak berhenti sengih je tgk video ni , lawaak sikit ahh . HAHAHA . *tknak kalah doh Mona
Memang semangat aku yg dah terbakar-bakar tu bertambah menyala marak laa weh . Aku mmg excited nak teruskan program . Tapi dalam perjalanan balik ..........
Mona membajet tengah jalan . Sekian :)
DAY 2 - 22 APRIL 2012
Waaaah , another lovely exhausting day in KUIS .
Okay this time we've been seated according to group , since my group was the second last on list which is 15/16 . So , we sat on almost last row in the auditorium to be exact behind the boys *Tidak suka sama sekali -..-
Never mind bout that , not a big deal . * dan dan Monaaa :P Slot 'Alim Mujahid . Yess , this is the biggest main point need to be discuss .
Like seriously WHAT IS 'ALIM MUJAHID ? *Mona likes that question mucho :) Well , itu bahasa Arab *obviously lah Monaa .
'ALIM ialah orang yg menguasai bidang ilmu .
MUJAHID pula orang yg bersungguh-sungguh bekerja demi deen Allah iaitu ISLAM .
Haaa , faham tak semuaaa ? Maka , visi Mona skrg adalah menjadi 'Alim Mujahid .
Alaa Monaa , belajar masuk U , dapat degree , master , PhD semua . then gaji besar cukup ahh , Bokpe nak jadi 'Alim Mujahid ni ? Seghupe nak perang jee
Waaaah , betul-betul . Mona pun nak gaji besar , rumah besar , kereta besar , suami besar . LOL Tapi kita kena ingat , kita ada Allah .
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku. (QS Adz Zariyat : 56)Yes u'ols , Allah turunkan manusia ke bumi utk menjadi khalifah Allah . Kita ni hamba yea u'ols . Mona pun selalu lupa . Semoga lepas ni kita saling mengingati la yeaa . Lagi satu , kita ni kena cari redha Allah . Tahukah anda bahawa REDHA ini lebih tinggi darjatnya daripada CINTA . Kalau manusia ucap kata cinta dekat kita pun kita dah suka . Eh , tak payah cinta lah . cakap minat pun cukuplaah , betapa berbunga hati kita kan? Apatah lagi bila Pencipta kita ni redha kpd kita . Subhanallah . InsyaAllah Syurga milik kita :')
Okeng Mona , ater acano nak jadi 'ALIM MUJAHID ni ? eksaited pulak aku nak jadi hamba yg diredhai ALLAH .
Kita perlu ada modal paling penting iaitu JIDDIYAH & ILTIZAM
Eh Mona , aku tk terer Arab . ce kau explain sikit ?
Aku pun tak lah terer mana . Sikit-sikit reti la aku nak share . Berdasarkan apa yg disampaikan oleh favourite penceramah aku of the day DR.JOHARI B SURIF . *belah kiri tu dia ada misai*
Dalam JIDDIYAH ada 5 elemen penting iaitu
KESUNGGUHAN , BERSEDIA , BERSEGERA , KETABAHAN DAN SEDAYA UPAYA .
okay ni antara laah utk dalam JIDDIYAH tu , tapi more utk BERSEGERA laa . ini dicilok dari Productive Muslim Seminar . hihi
After Zohor break , we get into our group and discuss about us as WORLD FUTURE LEADER . Whatta really productive brainstorming session . Sharing our experience . Sharing stories . Sharing knowledge . How much I miss those moment . Really .
Malam ada buat Career Test . Oh malas nak cerita sbb bosan . LOL . Oh before that , mereka ada share pasal Kolej Teknologi Darulnaim . Okay aku lame sbb first time dnga tmpat ni . Yelaah , I kan bagaikan katak bawah tempurung lutsinar . Kan princess ? *Semoga princess baca lalu unmention aku di Twitterjaya
Oh before that lagi , petang tu kami ada photoshoot . Wahh , peluh menitik-nitik . LOL . Okay I sedar ni Malaysia . *Baru nak bajet London lah u'olss
Dan malam tu aku balik seorang diri tanpa Paa :/
DAY 3 - 23 APRIL 2012
Last day @KUIS . Waah sedihnya nak berpisah dgn room mates yg awesome . Rindulah dekat Fatihah , Izzah and Farah :) Yelaa , aku kan tukang pegang kunci *Ehh , ada kena mengena ke?
kiri Fatihah dgn kawan dia . *Sorry Mona lupa nama awak
Paa makan tiga pinggan ohh , bukan salah sayaa . hihihihi . Kfine kongsi laah , Ater dulu akak DM tk kasi amek extra . Sini akak fasi bagi . LOL
Untuk hari terakhir ni kami kena tukaq pi auditorium yg lain . Dimana saiznya dua kali lebih kecil . Daaann , hmmmm . tgk laah sendiri
no komen -..- Aku mmg ada masalah dgn lokasi petempatan . LOL
Haaaa , kalau u'ols nak tahu . Kitorg ada lagu tema . Tajuk dia Jiwa Syurga by Al-Maidany .Sangat best lah lagu ni , mmg party-rocking bersemangat laah lagu ni . Oh ni video closing kitorang pulak . Hmm , ce cari aku mana . Kalau nmpak aku bagi eskem Malaysia sebatang :)
Okay , sampai sini jelah kot ek . Rasa macam dah panjang . Tapi tkdelah panjang mana .But seriously kalau u'ols ada apa apa inquiry pasai ALIM MUJAHID ni , just contact aku . Gunalah alat komunikasi jenis apa pun .Tibaai , aku tk kisah .
Semoga Allah meredhai hidup kita :) May Peace Be Upon You !
2 comments:
meow ... alim mujahidah yaw !
Nyaww . Amin , insyaAllah
Post a Comment