Hi! Assalamualaikum. This blog belong to Siti Farhanah Norazhar since 2009.She types random stuff randomly.Human with cartoon characters in her soul. She thinks she's awesome.She's so Mona

Monday, April 30

PBAKL'12 feat ShopTillDrop@TS

 Assalamualaikum and Selamat Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak :)

Seperti yg kebanyakan rakyat Malaysia yg prihatin sedia maklum bahawa sekarang sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 aka PBAKL '12 yg tidak bosan memilih lokasi yg sama iaitu Putra World Trade Centre aka PWTC . Maka saya dan beberapa orang rakan merancang untuk kesana sekian berjimba-jimba dgn buku yg penuh dgn tulisan , lakaran , contengan , dan sebagainya .

Bertolak ke PWTC bersama Hazwani dan berjanji utk berjumpa dgn Amirah di Sunway Putra Mall atau nama dalam kad pengenalan lama ialah The Mall . Di sana menanti kami juga Amirah Zahirah dan Syahindah si Rockers . Maka kami berlima berjalan kaki bersama melintas jalan yg sepatutnya tidak wajar dilakukan kerana jejantas telah disediakan . Jgn contohi aksi kami ini kerana kami punya Rockers sbg penyelamat *kening-kening

Setiap tingkat pasti dipenuhi umat manusia yg mempunyai latar belakang , saiz , jantina , usia , bangsa dan agama yg berbeza . Yaa , buku mampu memupuk semangat 1Malaysia . *patriotik siaa Mona

 Farhah . Hazwani . Amirah . Farhanah

Terserempak dgn Farhah sewaktu dalam perjalanan mencari lokasi beliau di kawasan booth Telaga Biru kata beliau . Lalu ketawa kami pecah kerana kami terserempak dalam keadaan ala-ala drama Korea . *Kecepeng kecepeng <---- bunyi ketawa pecah . Farhah ditemani Ezzaty ke sana . Teruja melihat wajah yg dikenali . Bezanya dulu berbaju kuning semua , kini bebas pula gayanya . *Baju prep kami kuning  

Lenguh kaki berjalan , berpinar mata melihat , pening kepala memilih dan akhirnya saya membeli dua buah novel Bahasa Inggeris dan sebuah buku motivasi . Manakala Amirah dan Hazwani membeli berbondong-bondong buku pelbagai genre *Genre ? bukan utk movie je ke ? Ahhh , tibaii

Tanpa mendiskriminasi diri sendiri , kami melawat Kedai Pink Ain Maisarah . Saya dgn alasan ingin membeli novel untuk adik tersayang manakala Amirah ingin mendapatkan sambungan novel Impiana . Lalu kami tanpa malu tapi beserta segan menyerbu kak Ain Maisarah yg comel dan baik hati . Beliau menurunkan tanda tangan sambil kami berborak mesra seperti dah kenal lama . *Mana taknya , dah 3 tahun berturut mesti jumpa mintak otograp . lulz

 Oh ya . Saya berkesempatan berjumpa dgn Vlogger atau kerjaya asal beliau seorang pekomik iaitu AmanWan

ni salah satu vlog AmanWan yg ada kaitan dgn Ain Maisarah . silalah play mcm youtube sendiri :) 

Kami menikmati hidangan tengah hari di Medan Selera Hang Tuah tingkat atas sekali The Mall . Makanannya enak belaka dan lebih dahsyat daripada berpatutan yakni murah-murah belaka . Tiba-tiba si rockers Syahindah dan Amirah Zahirah yg baru pulang berkunjung ke SESERI datang kpd kami . Oh , dia ingin bergambar dgn retiss ghopenya . 
 Yang pink tu laa retiss . Kan Indah si Rockers ? lulz

Namun malang tidak berbau , tidak sewajarnya dia menyuruh Mona si Retiss mengambil gambar mereka . Maka inilah hasilnyaa . Tadaaaaaaaaaaa . 
 Amati perbezaan riak wajah Syahindah si Rockers :) Loikeee to da Lulzzz

Aktiviti membeli-belah aka mengopakkan wang didalam dompet tidak berhenti di PWTC sahaja . Kami meneruskan perjalanan ke Berjaya Times Square . Bukan bertujuan utk menikmati permainan DNA Mixer sekali lagi tetapi untuk mendapatkan stok pakaian baru bagi Amirah dan Hazwani *dan2 je dorg ni  serta saya mencari tudung bawang bawal yg selesa utk ke kuliah *ecewaaahh , dah prepare gituuh Terima kasih Hazwani kerana belanja selendang utk saya . Sangat manis bukan ?




Terakhir tapi bukan tersikit *Last but not least saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yg terlibat dalam mengAWESOMEkan hari saya pada harini . Terima kasih Hazwani , Amirah , Farhah , Ezzaty , Amirah Zahirah , kak Ain Maisarah , abg AmanWan dan semua yg kot-kot mengenali saya *bajet femes siaa


Hmm , rasanya aku tk tertinggal nama siapa-siapa kan :) May peace be upon us <33

7 comments:

myra zahirah said...

sumpah aku gelak giler part gmbr bersama syahindah the rockers HAHA

Nana said...

weeehuuu , org femes siaa . heksaited aku . lulz

syahindah zainal said...

TRUE STORY -_____-

Nana said...

Waaaah , Syahindah si Rockers komen siaa *muka eksaited*

Eternal Love Seeker said...

ulala .. best jumpe member lama ^^

NH said...

Rockers aww aww ;pp

Nana said...

LULZ SANGAT . ohh , rindu u'ols already :')