Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysiaaaa :)
Amirah Haziyah Mohd Rosni . Noraini Mohd Rofi . Nurhazwani Othman .
Ziya . Noni . Wani
Hamboihhh , bajett retisss semuaa ni .
Aku rindu yang amat dekat korang . Sangat-sangat . Amat sangat .
Dulu kemain naik muak tgk muka masing-masing . Okay tak . Tak pernah muak tgk muka korg . Korg lah yg menceriakan hidup aku sejak lepas subuh sampai lepas lights off . Korg jugak laah yg men-stress hidup aku dgn pelbagai konflik dalaman serta luaran yg berlaku . Korg jugak laa yg menjadi mata , telinga , mulut aku bila aku kurang mampu melakukan .
Aku ingat awal tingkatan empat kita dah mula rapat . Entah macam mana ia berlaku . Aku pun dah lupa . Mungkin sbb aku duduk bersebelahan dengan Wani . Mungkin dulu gemar berkaraoke dgn Ziya yg duduk bersebelahan dgn Noni . Perangai Ziya yg terlalu mencintai KJ , Noni yg suka Aamir Khan , Wani yg pelik .
Ada banyak lagi kisah yang kita kongsi bersama . Terlalu banyak . Tak tertaip aku . Baru tingkatan 4 dah banyak buat hal . Semua stok muka WANTED senior . ooopss , Wani excluded . Dia paling innocent antara kami .
Masuk tingkatan 5 , dorm aku satu level dgn Noni . Manakala Ziya dan Wani dorm sama dan tidoq pun togede gede . Bertambah erat hubungan kita semua . Nyawww .
Masih lagi stok muka WANTED , tapi mula berkembang . Hubungan kami pun makin banyak naik turunnya . Manakan tidak , SPM YEAR bak kata omputih . Kalau di pesbuk , bole letak relationship It's Complicated . Gaduh-gaduh manja . Gaduh-gaduh kurang manja tidak mahu ku imbau kembali .
Bila aku tahu , dgn izin Allah . Kita bakal berjumpa lagi . Aku gembira sangat . Sangat-sangat . Amat sangat.
Serious , sampai nak menangis . Banyak sangat perkara pahit manis kita redah bersama . We're like sisters . We'll always be sisters .
Semoga Allah permudahkan pertemuan kita kali ini . Amin :)