12:18 am , 29th February 2012
Aku berfikir sejenak .
Ya , aku perlu menunggu lagi empat tahun utk menaip entri pada tarikh ini . Maka aku gunakan peluang ini utk menaip apa sahaja yg aku nak taip .
Aku berfikir duajenak .
Ya , otak aku merasa bebal sejak kebelakangan ini . Manakan tidak , melihat dunia bila matahari sudah terik . Sambung lagi menghadap PC berkotak besar . Apa nak jadi manusia ini .
Aku berfikir tigajenak .
Ya , aku kuat cemburu sejak dua menjak ini . Apa yang hendak aku cemburukan? Walhal pada usia ini aku punya segala benda . Aku patut lebih bersyukur .
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Aku berfikir empatjenak .
Mungkin Allah bg masa yg begitu banyak ini supaya aku dapat bermuhasabah tentang apa yg telah aku lakukan selama ini .Aku wajar bersyukur sekali lagi . Mudah benar manusia ini lupa akan nikmat . Jauhkan aku drpd menjadi insan yg kufur nikmat ya Allah .
Sudah - sudah , tiada aku berfikir yang ke limajenak .