Hi! Assalamualaikum. This blog belong to Siti Farhanah Norazhar since 2009.She types random stuff randomly.Human with cartoon characters in her soul. She thinks she's awesome.She's so Mona

Tuesday, February 7

Bosan Bersosial

Assalamualaikum and Hello :)

Dapat aku rasakan tahap kebosanan hidup sudah tiba di tahap maksima . Aku cuba , aku cuba sedaya upaya berfikiran positif . Hal ini adalah kerana apabila kita terlalu menyebut perkataan yg negatif pada setiap hari yang indah , ia bagaikan doa yang senantiasa akan termakbul . Maka , tiap hari adalah hari yang ohsem buat aku *walaupun hakikatnya aku mmg bosan


Bangun pagi,gosok gigi,cuci muka,mandi-mandi*lagu yg kerap Mak aku nyanyikan disaat aku bergelar pelajar skola


Abaikan , aku cuba sedaya upaya mencari aktiviti yang seronok untuk dilakukan . Ya , permainan seperti Teng-Teng *ke Ting-Ting eja dia? , Batu Seremban , Berbasikal , Lompat Tikus , Ceper , Lompat tinggi , Lompat Jauh . Semua aku pernah cuba . Namun tahap keberhasilannya adalah mengecewakan . Kenapa? Kerana aktiviti tersebut dilakukan seorang diri . Tiada keseronokan .






Apa guna laman sosial ? Ramai kawan , tapi semua membatu seribu bahasa . Apa guna menambah dalam senarai kawan ? Makin ramai kawan , makin nak bangga . Apa guna semua itu ? Sudah nama pun laman sosial , seharusnya kita bersosial .

Ahhh , bosan . Bosan .

Awak yang ingin berkawan , awak lah yang memulakan sesi perkenalan . *ehh , apa pulak mcm tu? Ya , dulu saya fikir begitu juga . Ego punya pasal . Tapi kini , saya cuba bertegur sapa . Mungkin tidak semua . Tapi saya cuba . Cuba untuk bersosial *mcm seud je bunyi Menghulurkan salam , hanya dibalas LIKE . Itu kalau di dinding . Aku kurang gemar berbicara di chatbox bg yang baru dikenali *ahhh , tak tanya punng . Pada pendapat kalian , adakah kasar kalau aku berkata begini

Apesal kau add aku ?


Kenapa aku perlu begini ? Biarlah mereka , siapa suruh terima . Yaa , gunakanlah hak berfikir sebelum hak bersuara . Kata negara demokrasi *ada kena mengena ke?






Kau bising-bising bukan ada orang nak dengar ,


Ya , tiada yang mendengar kerana ada yang membaca . *perasan  Ataupun tidak membaca sama sekali kerana entri ini kelihatan bosan dan tkda kena mengena dengan kehidupan anda . *dahla panjang -.-


Aku jarang menaip entri yang panjang , sebab orang tidak akan paham apa yang dibebelkan . Aku tidak peduli kali ini asal aku puas . Asal aku puas mengutuk diri sendiri , bukan orang lain *ada kena mengena lagi ke ni?

Apa motif sebenar yang ingin aku sampaikan yea kawan-kawan yg kita suka?

Marilah kita nyah-aktifkan laman sosial kita yang langsung tidak bersosial .
Kalau bosan , carilah kawan yang benar . Bukan kawan di alam maya .
Ayuhlah kita bermaaf-maafan di Hari Thaipusam ini , dan juga di hari hari yang berikutnya .



Last but not least ,
May Peace Be Upon Us <3