Hi! Assalamualaikum. This blog belong to Siti Farhanah Norazhar since 2009.She types random stuff randomly.Human with cartoon characters in her soul. She thinks she's awesome.She's so Mona

Monday, August 6

Kongsi Wang .

Mencanak-canak naik tahap ke-stress-an aku sekarang ni . Kepala sakit . Tengkuk dan bahu rasa tegang yang amat . Perut masuk angin . Mata panas .Rasa macam nak tidur je tak bangun-bangun .

But tidur won't solve any of my problems . Nak-nak lagi sekarang bulan puasa . Mahu kurang pahala puasa kalau duk sakan tidur . Bangun-bangun nanti bukan kurang sakit kepala , bertambah sakit lagi ada lah . Kan?

Masalah aku sebenarnya taklah besar sangat . Ia menjadi besar sebab mungkin melibatkan duit . Lulzz . Ye , aku ni mmg penjimat orangnya . Hoii , bukan kedekut k . Jimat . Jimat tahu jimat? Save . Eh tu simpan . LULZZ . Mentang-mentang elaun baru masuk , takkan lah sesuka hati je nak spend . pfffffffffft

K abaikan .

But seriously , elaun yg masuk tu utk the whole semester kut . Takkan dalam sekelip mata nak hilang lah kan . I mmg a person yg plan when to use my money , where to buy things . Kalau you kata I ni berkira . Yes , I am . Tapi rupa-rupanya ada lagi manusia yg lagi layak dipanggil kedekut . Lulzz . So nak kata kat sini , I'm not the worst . Yayyy Mona , Yayyy :D So siapa nak Mona belanjaa? Boleh je , tapi bajet under MYR 1 . kuikuikui *tak lawak Mona , tak lawak*


My lecturer pesan , time Ramadan lah kita nak bersedekah . Even sebiji kurma pun .

And yess , aku setuju dengan statement tu . Kalau kita jadi penerima ni . Alhamdulillah syukur . Aku rasa sweet kalau time berbuka ke sahur ke kita share makanan yg kita ada dgn kengkawan . Aku rasa sadis lah sikit kalau ada yg rasa macam makanan dia tu akan tak cukup kalau kena kongsi dengan orang lain . Bagi aku , apa yg kita ada tu mesti sedikit sebanyak ada hak utk orang lain . Even apa yg kita ada sekarang ni bukan mutlak milik kita . So , tak payah lah nak berkira sangat . Berkira tkpa . Tapi jangan berkira sangat .
*Aku tak tuju kat sesapa k . Ingatan kita bersama je ni* 

LARI TOPIK JAP .

Terima kasih Dato' Lee Chong Wei and tahniah uncle Lin Dan . LOL . Malas nak komen banyak tapi buat yg sangap BR . Sila bersabar dan cuba letakkan tempat anda ke dalam kasut ChongWei -..-

Mungkin Azizul Hasni Awang dapat terkejut berukkan sekalian rakyat Malaysia? insyaAllah . Doakan beliau , mana tahu berkat bulan Ramadan :)

BACK TO TOPIC .

So , sharing is caring . Tapi isu jugak lah kalau hari-hari nak kena sharing with major portion of your stuff kan? Kita yg mintak kongsi ni pun beringat la jugek . Kalau dah selalu sangat mintak banyak-banyak , maybe kawan kita tu tak gemar . Takkan dia nak sound derek kut . Paham sendiri jela eh .

Hmmm , so topic kita adalah duit dan berkongsi . Nmpk simple je kan . Tapi korang pikir tak mana korang dah spend duit tu? Berbaloi kah? Haaa , sebenarnya apa pun kita buat . Sebelum tidur kita sewajarnya muhasabah diri kita . Selain dpt perbaiki diri utk the next days , kita juga dpt tajamkan ingatan tahu . So , rajin-rajinlah muhasabah diri ye Monaa .

Tu je kut buat kali ini . May peace be upon all of youu .
Oh yeah , Salam Nuzul Quran . Jom baca Quran .
*Uishh , Mona rasa mcm lama tak baca dah ni* *Ketuk kepala sendiri*



No comments: