Assalamualaikum !
How's it going on everybadehh ? Tak sihat ? Alaaahai kesiaan dia . Pergi makan ubat then berehat ye . Ini namanya ikhtiar . Memang lah sakit itu penghapus dosa kecil , tapi kalau tak berusaha nak sembuhkan tu namanya Kufur Nikmat lah pulak . Haaaa , tak memasal dosa lak bertambah . Aku pun kekadang cengelat gak nak makan ubat. Hewhew . Peringatan kita bersama lah ye :D
Sebagai manusia biasa , aku pun pernah sakit dan Alhamdulillah sekarang dah pulih :) Yayyy
*jejoget*
Sakit ni namanya Carpal Tunnel Syndrome or for short CTS . Haaaa , kengkawan SESERI mesti aware akan sakit aku ni sebab aku kena time SPM dulu . Nak dijadikan cerita , minggu pertama SPM aku dapat extra masa about setengah jam untuk each paper. Sebabnya tangan kanan aku tak dapat berfungsi dengan baik . Kiranya tangan aku susah nak menggenggam dan sakit. Susah sangat nak menulis . Sapa tak nangis woi ! Aku pernah ter-burst out dalam surau. HAHAHAHAHA . Comel je semorang risau . hewhew
Sebab sakit ni , aku tak boleh go on dengan driving class . Sentap woi bila semorang show off lesen P dorang. And I can't even working lepas SPM dulu . Sempat kerja dua hari je . How sad lah kan . Then tinggal lah dekat rumah . Nak tolong Mak buat kerja pun tak mampu sangat . Nak angkat barang memang harapan lah . Seriously aku sangat stress and rasa down sangat . Almost everyday akan moody , and akan rasa nak nangis kalau ada orang tanya "Tangan Nana dah okay?" Hanya Allah yang tahu betapa aku nak cakap " Daaah okay " .Mak cakap kesian anak Mak sorang dah jadi OKU . Lulz
Aku cuba nak move on . Aku cuba lupa aku sakit . Aku makan ubat yang seriously busuk , tahap busuk dia tu sampai kena coated dengan bnda manis. So it tastes sweet but smelly . Sakit ni pun macam tak pernah nak hilang , so one day jumpa doktor lalu beliau me-recommendkan aku utk jalani rawatan pemulihan .
So I was here ! I was discharged a week before 2013 after 5 weeks of physiotheraphy session :) Once a week lah ye kerana ada shortsem . Juga , ini klinik gomen punya wehh , ramai patient lain . Alhamdulillah , I'm getting better . and InsyaAllah things will be fine after this . Still , kena berhati-hati . Tak boleh kasaq sangat . hewhew
Agak segan kerana aku antara patients yang termuda kat situ . Lulz . Ingat ! Maut tidak mengenal usia
#ehhh . So tiap kali datang session akan datang perasan seperti nak mati kebosanan disitu . So , adalah beberapa keping foto sempat aku snap menggunakan tangan lagi satu . Mwehehehe .
Haaa , aku bawak ekslusif utk korang tengok apa yg aku rasa .
*mcm pelik ayat ni =='
Maaf atas kekaburan .
Dalam that room , terletak wax solution for hands and feet . Wax tahu apa ? Ye , lilin cair yang kalau kita celup pastu bila kena udara dia akan mengeras .
Maka ku celupkan kedalam wax solution tu sebanyak tujuh kali . Panas kot solution tu , tapi best la sebab mmg sesuai ah dengan saraf aku yg mcm membengkak ni . hewhew .
So hasilnya seperti dibawah . Tangan ku dibalut . Macam baby kan? lulz
Next , tangan aku dialirkan dengan elektrik ! Tak percaya ? Tengok gamba bawah ni
SEE !
Nampak wayar wayar yang membawa arus elektrik lalu merasuki(?) tanganku . lol
Yang ni waktu memula dulu , habis satu lengan kena letrik , lulz
Okay ni part lucu dalam treatment aku . Benda ni macam tanah liat , but it's not . Tiap minggu aku cuba kaji apalah benda ni . Nama dia , for sure benda ni memang terbang jauh dari ........... alamak tak ingat . UK ke Aussie . Jauh lah yang pasti . Eh korang tengok lah sendiri ...
Errr , sebab aku kena uli gentel benda for about 10-20 minutes , so memacam lah aku cipta . Hewhew . Bila PT (physiotherapist) lalu ke datang , aku pepandai laah cover . Wakakaka . Ada satu hari tu , ada makcik tu khusyuk tengok aku menguli . Lulz . Ada sorang patient ni dia bawak anak dia , budak lah dalam 3-4 tahun . Serius mata dia tak berkedip tengok aku main(?) . "Comel je akak ni " getus hati sekecil . Hahahaha . K
Oh baidewei , ada sorang PT tu hengsengg siaa. LULZ . Peramah semacam , tapi tak pernah jadi PT aku . Mencik lah . Hahahahhaha . K dah
Kesimpulannya , berikhtiarlah kamu . Sesungguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati . Bersabarlah , kerana sabar itu separuh daripada Iman . And please , NEVER give up !
P/S : Aku bukan nak mintak simpati ke apa. Hanya perkongsian juga peringatan kepada diri aku yang I've been through so much (not THAT much) in this life that I should be grateful an live my life to the fullest :)